Hudud Islam

mendidik, mencegah, menghukum, dan memulihkan akhlak manusia

Category Archives: 6. FAQ

Ayat-ayat menghina hukum Allah….boleh rosak aqidah dan boleh murtad

10255072_437793043052213_715799729274718058_oAyat-ayat yg rosak aqidah…..menghina, mempelekeh, mempermainkan hukum Allah…..rosak aqidah kerana perkataan, perbuatan dan atau niat dihati

Bapak Asiyah, seorang intelek di satu universiti tempatan, kata dia takut ugutan anaknya kena bunuh atau rogol…..tetapi dia boleh buat laporan polis dan dapatkan perlindungan dari polis

Tapi bapak Asiyah tak takut anak perempuan dia sudah rosak aqidah dan sudah murtad kalau dengan hati yang gembira melafaz dan melakukan perbuatan kufur itu.

Kita harap mereka berdua bertaubat. Semoga Allag terima taubat mereka. Dan mereka perlu mengucap semula dan betulkan kesilapan mereka.

 

Baca panduan dari Kitab Mustika Hadis perkara-perkar yang boleh merosakkan aqidah dan boleh membawa kepada murtad.  https://hududislam.wordpress.com/2014/05/01/menolak-dan-menghina-hudud-boleh-rosak-aqidah-dan-murtad-kitab-mustika-hadis-jabatan-pedana-menteri/

Filem pendek…hudud

Bukan semua pencuri akan dikenakan hukum hudud?

Antara kandungan hukum hudud di Brunei

 

Hudud-Brunei

Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei.

Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yangg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

  • Mana-mana orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.

  1.  Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
  2. Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
  3. Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
  • bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
  • mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

 

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.

  1. Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
  2. Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
  3. Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
  4. Jika mana-mana orang yang gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

 

HUKUMAN ZINA 69.

 

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut

  • jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
  • jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-

 

  • jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
  •  Jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

 

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

 

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR

BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

HUKUMAN MENCURI
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :

  • kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
  • kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
  • kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
  • Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.

 

Pengecualian :

  • pesalah 15 tahun ke bawah atau tidak siuman…
  • tuanpunya barang memang tidak jaga keselamatan barang
  • pencuri bayar sikit, lepas itu lari
  • benda curi senang dapat dan mudah hancur (contoh : buah-buah)
  • benda curi tiada nilai di sisi syarak (arak, alat musik)…
  • pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jangan lebih pulak)
  • keadaan memaksa : bencana alam, perang
  • isteri curi dari suami atau sebaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…

 

MCA dan Gerakan demo protes hudud di pejabat PAS; bila pula nak buat di pejabat UMNO?

IMG-20140428-WA0045

10325234_10200850758750711_1003406440933873741_n

 

 

 

 

 

 

 

 

Kes rogol: perspektif hudud

PEMBELAAN MANGSA ROGOL DALAM UNDANG2 ISLAM BERBANDING KONVENSIONAL SETERUSNYA MENJAWAB TANGAPAN SALAH BAHAWA PENGADU DIROGOL AKAN KENA QAZAF BILA TAK ADA 4 SAKSI

Oleh: zaharudin muhammad.

Isu ini saya dah tulis bertahun-tahun sejak ianya berbangkit sewaktu kerajaan PAS Terengganu masih memerintah. Sebenarnya tanggapan bahawa si pengadu atau perempuan yagn dirogol akan kena qazaf apabila tidak membawa empat saksi adalah salah dan jauh menyimpang daripada realiti sebenar hukum qazaf.

Perbezaan antara qazaf dan rogol boleh dilihat dari perbezaan rukun-rukun dibawah:

1. Pengadu: kes rogol pengadu adalah mangsa rogol (dipaksa zina) manakala kes qazaf pengadu adalah pihak ketiga.

2. Kes aduan: kes rogol, aduan adalah berkisar berkenaan pencerobohan hak si pengadu sebagai mangsa manakala dalam kes qazaf aduan adalah melibatkan kesalahan zina itu sendiri.

Perbezaan yang jelas antara qazaf dan rogol ialah, aduan rogol melibatkan tuntutan hak keadilan manakala qazaf pula tidak melibatkan hak dan pembelaan. Lebih jelas, rogol adalah berlaku secara paksa dan melibatkan hak si pengadu atau keluarganya, manakala kes zina berlaku secara sukarela antara lelaki dan perempuan (sipelaku) dan ia tidak melibatkan hak si penzina lelaki dan perempuan.

Oleh itu, cara pembuktian adalah berbeza di mana kes rogol tidak memerlukan 4 saksi bahkan segala qarinah adalah diterima selama mana ianya diyakini. Manakala kes qazaf pula tidak melibatkan hak sesiapa pun kecuali suami dan isteri.

Adapun hak suami dan isteri iaitu apabila isteri atau suami yang dilihat dengan jelas oleh pasangan masing-masing, sekalipun tidak mengcukupi 4 saksi, maka mereka tidak akan dikenakan qazaf kerana ia melibatkan hak suami atau hak isteri. Tetapi ia tidak sewenang-wenangnya bebas menuduh isteri atau menuduh suami berzina, tetapi jalan keluarnya ialah melalui hukum Lian.

Adapun bukan suami dan bukan isteri, maka apabila si A melihat si B berzina dengan si C, maka si A tidak boleh mendakwa si B mahupun si C berzina melainkan betul2 ada saksi 4 orang. Jika ia melihat dengan mata kepala sendiri tetapi dengan berseorangan, maka ia tidak terdesak untuk mendakwa kerana perzinaan antara si B dan si C hanya melibatkan akhlak kedua-duanya, bukan melihbatkan hak sesiapa. Berbeza dengan kes suami isteri yang boleh menuduh, tetapi melalui jalan Lian.

KEADILAN UNDANG-UNDANG ISLAM KEPADA MANGSA ROGOL:

Adapun kes rogol di dalam undang-undang konvensional, si mangsa rogol tidak mendapat pembelaan sebagaimana undang-undang Islam di mana mangsa rogol akan mendapat pampasan yang dikenali sebagai diyat al-budh’i sebaik sahaja si perogol didapati bersalah. Manakala mangsa rogol dalam undang-undang konvensional hanya mendapat malu tanpa mendapat apa-apa pampasan terus.

Jika anda cina, india atau melayu, maka itulah hak anda apabila anda atau keluarga anda dirogol oleh melayu, india atau cina. Tiada perbezaan dalam kes pampasan yang berhak diperolehi oleh mangsa rogol.

Bukankah undang-undang konvensioal mengabaikan hak mangsa rogol berbanding dengan undang-undang Islam?

Rujuk kertas kerja asal: http://www.malaysianblindspots.com/adakah-mangsa-rogol-dianggap-qazaf/

– ZAHARUDIN MUHAMMAD.

Like & Share:
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=756849547678816&id=312456128784829

Isu hudud jangan melupakan kita tentang isu GST dan TPPA: Oleh itu sentiasa like dan share FB: Gerakan Bantah GST.

Beberapa soalan mengenai usaha ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan

10177950_1422542641346182_2542616415926629444_nJawapan oleh Ahmad Fadhli bin Shaari, EXCO Kelantan

1. ANDA BERTANYA, KENAPA PAS CENDERUNG UNTUK MEMPERCAYAI UMNO DALAM ISU HUDUD?

Saya menjawab, ini bukan soal percaya atau tidak. Soalnya, UMNO telah membuka sedikit ruang untuk hudud dilaksanakan. Kita sering katakan bahawa, pihak yang menjadi penghalang kepada undang-undang hudud selama ini ialah UMNO. Justeru, kita berhenti di titik terakhir yang dapat dapat kita sampai. Di titik inilah kita tersadai selama 21 tahun. Hari ini, apabila penghalang itu dikatakan akan dibuka, adakah di titik itu juga kita mahu berhenti? Justeru, Kelantan perlu bergerak ke depan untuk pelaksanaan undang-undang ini.

2. TIDAKKAH SELAMA INI UMNO MENZALIMI KITA? KENAPA TIBA-TIBA PAS MAHU PERCAYA?

Jika dikira isu menzalimi, terlalu banyak kezaliman UMNO kepada PAS Kelantan selama ini. Adakah apabila satu ruang mahu dibuka, maka kita lepaskan ruang tersebut kerana ruang lain masih ditutup. Langkah terbaik ialah mengambil kesempatan daripada ruang yang dibuka dan berusahalah untuk membuka ruang yang lain.

Bukankah kita membaca firman Allah SWT di dalam al-Quran :

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Yang bermaksud : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah At-Taubah, ayat 61)

Tidakkah ayat ini jelas ditujukan kepada orang-orang kafir yang menjadi musuh Rasulullah SAW? Dengan orang-orang yang tidak beriman sekalipun apabila mereka cenderung kepada pendamaian, hendaklah Rasulullah SAW juga cenderung kepada pendamaian tersebut.

UMNO bukannya kafir. Mereka saudara Islam kita yang tersilap memilih jalan. Bahkan merekalah mad’u kita. Apabila ada sedikit kecenderungan yang ditunjukkan untuk mereka menerima hudud yang menjadi kewajipan kepada kita dan mereka, tiada alasan untuk pejuang-pejuang Islam pula mengenepikan peluang ini.

3. APA JAMINAN BAHAWA UMNO TIDAK AKAN MENIPU KITA?

Bukankah di hujung ayat di atas dinyatakan bahawa pejuang-pejuang Islam bertawakkal kepada Allah SWT? Bukankah tatkala kita menyerahkan diri kita untuk urusan perjuangan, telah kita gantungkan tawakkal kita kepada Allah SWT. Kurang percayakah kita dengan kehebatan tawakkal?

4. TETAPI TIDAKKAH BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT DALAM KEADAAN JELAS UMNO SEDANG BERUSAHA MENIPU KITA, ITU NAMANYA TAWAKKAL YANG BODOH?

Mari saya bacakan kepada anda ayat berikutnya,

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
Yang bermaksud : Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah At-Taubah, ayat 62)

Justeru, jika UMNO bertujuan mahu menipu kita, maka sedarlah bahawa Allah SWT sedang menjadi pelindung kita jika ikhlas kepadanya. Yakinlah bahawa Allah SWT pasti menyelamatkan bahtera perjuangan ini kerana di dalamnya terkandung perlembagaan PAS yang meletakkan AL-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Tatkala PAS ditipu UMNO pada tahun 1978, bukankah selepas itu lahirnya Kepimpinan Ulama pada tahun 1982 yang menjadi mutiara cerah memimpin PAS meniti kegelapan politik?

5. TIDAKKAH APABILA UMNO MENOLAK HUDUD DI TERENGGANU, ITU ERTINYA MEREKA AKAN MENOLAK HUDUD YANG AKAN DICADANGKAN OLEH PAS?

Hudud bukan menjadi agenda UMNO. Penolakan usul hudud di Terengganu membuktikan UMNO tidak bersedia untuk menjadi juara dalam isu ini. Inilah sebesar-besar bukti bahawa UMNO ialah parti nasionalis yang tidak pernah meletakkan Islam sebagai agenda utama.

Justeru, apabila UMNO menolak hudud di Terengganu, sewajarnya lebih mendorong PAS untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 ke Parlimen. Jika ia ditolak oleh UMNO, ia menjadi satu lagi bukti yang besar di mata rakyat bahawa UMNO hanya bermain politik dalam isu ini. PAS TIDAK RUGI APA-APA APABILA MEMBAWA USUL INI KE PARLIMEN.

6. TIDAKKAH USUL INI AKAN MENJEJASKAN PAKATAN RAKYAT?

PAS tidak pernah berjanji untuk menggugurkan perjuangannya mendaulatkan syariat Allah SWT. DAP dan PKR bergabung bersama-sama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan mereka menyedari bahawa inilah perjuangan PAS. Mereka mempunyai hak untuk mengundi menolak usul ini dan PAS juga wajib menyedari bahawa kebersamaan dalam Pakatan Rakyat ialah dengan wujudnya bersama perbezaan ini.

Perbezaan tidak menghalang untuk kita bersama. Suami isteri yang berkahwin begitu lama pun tidak sepakat dalam semua perkara.

7. JUSTERU, KENAPA PAS TIDAK TINGGALKAN DAP DAN BERGABUNG DENGAN UMNO?

Isunya ialah, tidak ada mana-mana parti tunggal mewakili mana-mana kelompok bangsa dan agama di Malaysia boleh memerintah. Samada PAS atau UMNO perlu bergabung dengan mana-mana parti lain yang mewakili kelompok bangsa berlainan untuk muncul sebagai pemerintah. Dalam konteks non Muslim, DAP dilihat parti terbaik dengan disiplin dan akauntabiliti yang mereka miliki untuk menjadi rakan politik.

Jadi isunya ialah bukan UMNO lebih baik dari DAP. Isunya ialah DAP lebih baik dari MCA dan MIC. Dalam konteks parti yang mewakili umat Islam, PAS wajib dilihat LEBIH BAIK dari UMNO. Manakala untuk golongan non Muslim, DAP lebih baik dari MCA dan MIC.

Menyatakan bahawa UMNO lebih baik dari DAP seolah-olah menggambarkan UMNO sebagai parti yang mewakili non Muslim.

8. BERBALIK KEPADA ISU USUL HUDUD, TIDAKKAH INI MENGGAMBARKAN PAS MULA BERBAIK-BAIK DENGAN UMNO?

Tidak timbul isu berbaik dengan UMNO. Hari ini UMNO merupakan pemerintah di Pusat dan tulang belakang kepada kerajaan Persekutuan. Hak untuk membenarkan undang-undang ini berkuatkuasa di Kelantan dipegang oleh UMNO. Konteks perjumpaan antara pemimpin kerajaan negeri Kelantan dengan pemimpin Pusat ialah perjumpaan kerajaan dengan kerajaan dan bukannya parti dengan parti.

UMNO selaku parti politik tetap merupakan lawan PAS sebelum ini dan juga selepas ini.

9. TIDAKKAH WAJAR PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERHATI-HATI DENGAN MUSLIHAT UMNO?

Ya, wajib berhati-hati. Islam mengajar agar kita sentiasa bersikap waspada dan tidak membenarkan tangan digigit ular yang sama sebanyak dua kali. Namun sikap hati-hati itu tidak menutup pintu dakwah untuk kebaikan ummah.

Bagi pihak Pemuda PAS Kelantan, kita sentiasa mengingatkan semua pihak di dalam PAS sentiasa bersikap waspada dengan tipu muslihat UMNO dalam isu ini. Pintu yang dibuka wajib dilangkah masuk, namun jangan lepas parang di tangan bimbang penyamun bersembunyi di sebalik daun pintu.

(5 Rajab 1435H)

Share jika mahu sebar keindahan Islam.

Hudud bukan “common law”, bukan untuk agama lain

hudud bukan common law kelantan

Bolehkah DNA menggantikan saksi dalam kes rogol untuk disabitkan dengan hudud?

Jawapannya : DNA TIDAK boleh digunakan untuk menggantikan 4 saksi dalam kes rogol

Kenapa? Kemungkinan orang yang dengki atau musuh kepada sesorang yang lain boleh curi air mani orang yang lain dan sapukan atau letakkan pada faraj wanita yang kononnnya menjadi mangsa rogol.

1480772_10203370725330644_9157520950761108926_n

Apa bukti hudud boleh kurangkan jenayah rogol?

kes rogol hudud

bukti rogol malaysia